Friday, 7 September 2012

Kau Tigakan Cintaku - Elkasih



Mengapa ku selalu
Tak pernah benar dimata indahmu
Mengapa ucapanku
Selalu salah ditutur lembutmu


Aku tertipu kediamanmu
Yang ku anggap semuanya baik-baik saja
Aku tak menyangka dibelakangku
Kau tigakan cintaku yang
Hanya kepadamu
Hanya kepadamu

***

Apa yang membuatmu
Tak pernah mengungkap isi hatimu
Andaikan engkau tahu
Betapa hatiku mencintaimu

Aku tertipu kediamanmu
Yang ku anggap semuanya baik-baik saja
Aku tak menyangka dibelakangku
Kau tigakan cintaku yang
Hanya kepadamu
Satu untukku

Back to ***

Thanks sudi baca entry saya... Suka??? Like je.. Hehehe

3 Dalam 1 !



Korang semua nak tahu tak kenapa aku men'title'kan entry aku hari ni 3 dalam 1??? Haaa !!! Sebabnya ialah sempena Aidilfitri tahun 2012 ni, family aku bukan setakat sambut hari raya je.. Tapi, ada majlis kenduri dan sambut menantu sekali.. Macam ni je la ! Aku akan cerita satu per satu, ok?

Raya pertama, biasa la.. Kitorang pergi jalan-jalan umah saudara mara... Bila difikirkan balik saat-saat kitorang pergi beraya tu, rasa nak tergelak pun ada.. Hehehe... Nak tahu kenapa??? Sebab, aku dan kakak aku tetap dapat duit raya walaupun umur kitorang ni dah hampir 20 [ Along, 19.. Aku, 18..].. Hahaha.. Malu pun ada.. Yelah, dalam ramai-ramai sepupu kitorang yang masih lagi ikan bilis tu, kitorang la yang paling tua.. Tapi, rezeki mana boleh tolak.. Tak baik, kan??? Besar pun besar la.. Dah orang bagi, ambik je la.. Haha

Raya kedua pulak family aku sibuk dengan persiapan kahwin bapa saudara aku... Pagi-pagi lagi kitorang keluar pergi pasar.. Nak cari kuih untuk majlis akad nikah dia malam nanti.. Bila jam dah tunjuk kul 6.30 petang, kitorang pun gerak la... Hah?? Kenapa awal sangat tu sedangkan majlis akad nikahnya lepas isyak??? Sebab rumah bakal isteri dia tu jauh la.. Kat Selising, Pasir Puteh.. Al-maklumlah, bila dah sebut hari raya ni, pergi mana-mana pun confirm jalan jammed.. So, kitorang kena la bertolak awal... Tapi, bertolak awal pun sampai lewat jugak.. Hehe.. Lebih kurang pukul 10 lebih-lebih camtu, akhirnya bapa saudara aku ni dah pun sah bergelar suami kepada isteri dia tu... Alhamdulillah... [ Excited giler dapat mak saudara baru.. Cantik, baik pulak tu.. Hohoho ] Esoknya, kitorang pergi majlis kenduri diorang tu.. Diorang pakai busana hijau.. Ikut tema mak saudara aku tu.. [ Ehem, ehem.. Askar la..] Majlis hari tu meriah sangat-sangat... 

Bila dah ada majlis kenduri kahwin kat rumah pengantin perempuan, wajib la kan kena ada majlis sambut menantu kat rumah pengantin lelaki.. So, majlis sambut menantu tu diadakan pada hari raya ke-5.. Hari tu pasangan pengantin baru pakai busana emas.. Mula-mula tu mama aku nak guna tema biru sebab nak ikut tema bapa saudara ku yang kerja sebagai navy @ tentera laut, tapi tak jadi la.. Kitorang tukar warna pinang masak.. Cantik.. Tambah pulak pasangan pengantin pakai busana yang berkonsepkan warna emas.. Memang cantik la sangat-sangat.. Hehe.. Majlis hari tu pun boleh tahan jugak meriahnya.. Tetamu yang datang pun ramai.. Lauk yang kitorang masak semua habis.. Bagus la.. Tak membazir.. Hehe..

Haaa ! Itulah kisah 3 dalam 1 aku... Hehe... Ok, la.. Korang boleh tengok gambar kat bawah ni.. Semua ada... 












Thanks sudi baca entry saya... Suka??? Like je.. Hehehe