Friday 17 August 2012

Rindu Hakim... :'(



Lebih kurang 24 jam sahaja lagi yang tinggal untuk kita menyambut hari raya, betul tak??? Hmm... Tak sangka raya tahun ni dah jadi raya kali ke-2 Faten tanpa Hakim.. Hakim... ! Faten rindu Hakim... Faten rindu sangat-sangat kat Hakim.. Kadang-kadang tu, Faten tertanya-tanya kenapa Allah jemput Hakim cepat sangat.. Tapi, semua tu pasti ada hikmahnya, kan???

Bila Faten fikir tentang Hakim dan kenangan kita dulu-dulu, Faten rasa macam nak nangis je.. Semua tu menyakitkan hati Faten.. Bila Faten terfikirkan saat-saat terakhir dalam hidup Hakim, Faten rasa terkilan sangat sebab Faten tak sempat nak lihat wajah Hakim... Faten tak sempat nak jumpa Hakim.. Faten langsung tak jenguk Hakim masa Hakim terlantar kat hospital.. Faten tunggu kat luar bilik Hakim je.. Faten tak sanggup nak tengok Hakim menderita masa tu.. Faten tahu, masa tu Hakim sakit sangat sebab terpaksa pakai banyak wayar kat badan.. Sebab tu, Faten tak sanggup nak tengok.. Kalau boleh, Faten nak sangat kongsi rasa sakit tu dengan Hakim.. Tapi Faten tak mampu.. Faten betul-betul tak mampu.. 

Bila mama datang kat sekolah dan bagitau Faten yang Hakim dah tinggalkan kitorang, hati Faten hancur.. Kat situ jugak Faten menitiskan airmata.. Faten dah tak peduli dah apa yang kawan-kawan Faten cakap sebab Faten tak mampu nak tahan rasa pedih atas pemergian Hakim tu.. Sejak Hakim tinggalkan kami semua, Faten rasa seolah-olah semuanya dah hancur.. Faten dah hilang segala-galanya.. Faten dah hilang sepupu, abang dan kawan yang sangat Faten sayang.. Hakim adalah insan istimewa dalam hidup Faten.. Hakim selalu ada di sisi Faten sebagai seorang sepupu dan abang yang begitu menyayangi adiknya.. Hakim adalah orang yang paling risau bila tahu Faten dan along ada masalah.. 

Tapi, sekarang ni semuanya dah tak ada.. Faten dah tak mampu lagi untuk cipta kenangan manis antara kita berdua..  Apa yang tinggal hanyalah memori yang lama yang akan selemanya Faten abadikan dalam hati Faten.. Walaupun Hakim dan tinggalkan kami, tapi kami tetap merasakan Hakim dalam setiap tutur kata dan perlakuan kami.. Hakim sentiasa ada dalam hati kami.. Hakim tak pernah hilang dari hati kami walau sedetik pun kerana Hakim adalah insan yang paling istimewa dalam hati kami.. Demi Allah, Hakim sentiasa terpahat dalam hati dan ingatan kami semua.. 

Ya Allah, Engkau tempatkanlah Hakim di kalangan orang-orang yang beriman.. Engkau cucurilah rahmat ke atasnya.. Engkau jadikanlah dia sebagai salah seorang hamba-Mu yang layak untuk syurga yang telah Engkau cipta.. Ya Allah, Engkau kekalkanlah ingatan kami terhadapnya untuk selama-lamanya.. Janganlah Engkau lalaikan hati dan ingatan kami dari terus mengingatinya kerana kami amat MERINDUINYA.. Amin...





DEMI ALLAH, FATEN RINDUKAN HAKIM... :'(


Thanks sudi baca entry saya... Suka??? Like je.. Hehehe

Sunday 12 August 2012

Buat Insan Tersayang (Eddie Hamid ft. Ashira)



( P )
Sampai bilakah
Percintaan ini
Akan mengharum warnanya

( L )
Sampai bilakah harus aku begini
Menunggu kasih yang tak pasti
Ku takut suatu hari
Bila orang dah benci

( P )
Tinggallah aku
Menangis
Seorang diri

( P )
Sampai bilakah kerinduan ini
Hanyalah untuk mu sayang

( L )
Tidakkan hilang
Kasih yang aku genggam
Kerana ku cinta kepada mu
Janji-janji ku dulu
Bukanlah janji palsu

( P )
Dan aku
Tak pernah curang
Kepada mu

( L )
Datanglah sayang
Datanglah kau
Datang kepada ku
Aku merindu
Rindu kasih
Rindu dendam terhadap mu

( P )
Sabarlah sayang
Sabarlah kau
Sabar menanti diriku
Aku berjanji
Akan menanti mu dipuncak asmara

( L )
Sayangnya ku kepadamu
Hanyalah tuhan saja yang tahu
Dan hati ini
Sering berkata
Hanyalah engkau insan yang tersayang

( L & P )
Janganlah kau
Pergi
Lagi dari ku
Tak ingin ku
Menangis kerana mu
Lama sudah hati
Ini tersiksa
Puas sudah ku berendam airmata

( P )
Sampai bilakah
Percintaan ini
Akan mengharum warnanya

( L )
Sampai bilakah
Harus aku begini
Menunggu kasih yang tak pasti
Ku takut suatu hari
Bila orang dah benci

( P )
Tinggallah aku
Menangis seorang diri



Thanks sudi baca entry saya... Suka??? Like je.. Hehehe

Thursday 9 August 2012

Salam Lailatul Qadar...





Ibadah puasa akan berakhir tidak lama lagi. Semakin hampir tiba ke penghujungnya, semakin terasa nikmatnya. Apa lagi jika kita dapat menambah amalan kita pada 10 malam terakhir Ramadan.


Sesungguhnya berbahagialah mereka yang mampu melaksanakannya dengan sempurna. Ini kerana di dalamnya mengandungi begitu banyak ganjaran pahala Allah kepada sesiapa yang berjaya melakukannya. Selain meraih ganjaran tidak terkira daripada Allah, mereka yang berpuasa juga akan bertambah sihat tubuhnya. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. berpesan yang bermaksud:

 'Berpuasalah nescaya kamu sihat'.


Sepotong hadis Nabi s.a.w. yang lain mengingatkan kita (bermaksud):

'Barang siapa melaksanakan puasa Ramadan kerana iman dan hendak mendapatkan pahala, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ibnu Abbas ra meriwayatkan:

'Diutus kepada Rasulullah s.a.w. kisah seorang lelaki Bani Israel yang begitu berani menghunus pedang di atas kudanya dalam berjihad (berperang) membela agama Allah seribu bulan. Rasulullah s.a.w. amat tertarik dengan cerita itu dan mengharapkan agar umatnya juga mendapat peluang yang sama. Maka baginda berdoa: 'Ya Tuhanku, Engkau jadikan umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya.' 'Kemudian Allah swt mengurniakan baginda dan umatnya lailatul qadar (malam mulia), yang lebih baik daripada 1,000 bulan.' Dikatakan bahawa lelaki itu bernama Syam'un. Beliau berperang dengan musuh selama 1,000 bulan. Tidak pernah kering bulu tengkuk kudanya. Sesungguhnya orang-orang kafir amat gentar apabila berhadapan dengannya.

Abu Hurairah r.a menjelaskan (yang bermaksud):

'Pada malam lailatul qadar, para malaikat yang turun ke bumi adalah lebih banyak daripada batu kerikil. Pintu langit dibuka untuk mereka turun sebagaimana yang telah dijelaskan. Maka tersingkaplah kerajaan langit dan bumi itu oleh pancaran cahaya. 'Kerajaan langit dan bumi itu dibukakan tabirnya hingga dapat dilihat para malaikat dalam rupa asal mereka. Ada yang berdiri, duduk, rukuk, sujud, berzikir, bertasbih dan bertahlil. 'Ada juga yang dibukakan tabir syurga dan dapat melihat mahligai-mahligai, taman, para bidadari, sungai, pepohonan dan buah-buahannya. Bahkan ada juga yang dapat melihat tempat para nabi, rasul, wali dan syuhada. 'Kemudian ada juga yang melihat neraka dengan segala isinya serta tingkat orang-orang kafir. Malahan, ada pula sesetengahnya yang dibukakan tabir antara dia dengan Allah s.w.t..'


Sayidina Umar ra mengisahkan Rasulullah s.a.w. bersabda:

'Sesiapa yang menghidupkan malam 27 bulan Ramadan hingga ke subuh, dia lebih aku sukai daripada beribadah tiap malam Ramadan seluruhnya.'

Sayidatina Fatimah r.a. lalu bertanya: 

'Wahai ayahku, apa yang mesti dilakukan oleh lelaki dan perempuan yang tidak mampu beribadat malam?' 

Baginda menjawab: 

'Hendaknya mereka jangan terus tidur, kemudian mereka duduk sesaat sahaja pada malam itu untuk memanjatkan doa kepada Allah s.w.t.. Itu lebih aku sukai daripada ibadah umatku seluruhnya pada bulan Ramadan.'

Sayidatina Aisyah r.a. meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda:

'Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar, melakukan solat dua rakaat dan memohon keampunan kepada Allah, tentulah Allah mengampuninya, dia menyelam dalam rahmat Allah, serta Jibrail mengusapnya dengan sayapnya. Dan sesiapa yang diusap dengan sayapnya dia akan masuk syurga.'

Ramai ulama bertanya mengapa Allah menawarkan nilai pahala begitu banyak - sepanjang usia kebanyakan para nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad s.a.w.?

Di dalam tafsir Al-Jami'li ahkamil Quran atau lebih dikenali dengan Tafsir al Qurtubi, dijelaskan seperti berikut:

'Dalam bukunya Al Muwaththa, Imam Malik menjelaskan suatu riwayat daripada ibnu Qasim dan lain-lain: 'Saya dengar orang yang saya percaya berkata: Bahawa Rasulullah s.a.w. diperlihatkan kepadanya umur umat yang terdahulu. Maka Rasulullah s.a.w. berasa terlalu sedikit umur umatnya, sehingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang dicapai oleh umat lainnya, kerana umur mereka yang panjang itu. Oleh itu Allah memberikan kepada Rasulullah lailatul qadar yang mempunyai nilai pahala 1,000 bulan.'

Menurut sebuah hadis, purata umur umat Nabi Muhammad adalah antara 60 dengan 70 tahun. Sedikit yang lebih daripada itu, manakala umat para nabi yang lain ada yang mencapai ratusan tahun. Maka, demi mengimbangi amal mereka yang panjang umurnya, Allah menganugerahi umat Muhammad dengan lailatul qadar.

Para imam mazhab, termasuk Imam Syafie, telah membuat kajian mengenai bilakah lailatulqadar itu. Ada yang berpendapat ia berlaku pada malam 27 Ramadan. Ada yang menyatakan pada malam 21, 23 atau 25. Masing-masing dengan alasan dan hujah mereka. Bagaimanapun, Allahlah yang lebih mengetahuinya.

Ulama menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan lailatulqadar ialah berjaga malam demi menghidupkan malam Ramadan dengan beribadah: mendirikan ibadah-ibadah malam seperti solat-solat sunat, bertadarus, berzikir, berdoa dan lain-lain.

Sepotong hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

'Apabila masuk 10 hari akhir Ramadan, Rasulullah bangun dan berjaga malam untuk ibadah. Baginda menghidupkan malam itu dengan menambahkan ketaatan kepada Allah dan menghidupkan jiwanya (dirinya) dengan tidak tidur, kerana tidur sebenarnya saudara kepada mati.'




Thanks sudi baca entry saya... Suka??? Like je.. Hehehe

Wednesday 8 August 2012

Saat Hati Ini Terluka..



Awak.. Kenapa awak buat saya macam ni??? Awak dah banyak berubah berbanding dulu.. Sebelum ni, awak tak pernah pun ucapkan kata-kata yang akan melukakan hati saya walaupun melalui mesej.. Tapi, sekarang ni awak dah lain sangat.. Awak macam dah tak pedulikan saya langsung.. Awak dah tak peduli langsung tentang perasaan saya.. Apa nilai perasaan saya pada awak??? 

Awak tahu tak yang saya sayang awak sangat-sangat...??? Tapi, kenapa awak hancurkan hati saya..??? Selama ni saya bodohkan diri saya, saya pekakkan telinga saya bila ada orang kutuk awak dan cakap yang bukan-bukan pasal awak... Saya pertahankan hubungan kita bila ada orang cuba untuk hancurkan hubungan kita ni.. Tapi, kenapa awak langsung tak ambil kisah pasal ni..??? Awak langsung tak pernah cuba untuk ada di sisi saya untuk sama-sama pertahankan hubungan kita.. 

Awak tahu tak yang saya ni dah penat.. Penat sangat.. Penat dalam menjaga hubungan kita ni sendirian.. Penat dalam menjaga perasaan awak dan abaikan perasaan diri sendiri.. Demi awak, saya sanggup bantah kata-kata mama saya... Sebab awak saya gaduh dengan orang yang tak sepatutnya.. Dan sebab awak juga saya sanggup terima dan telan segala penghinaan yang dilemparkan kepada saya.. Tapi, sayang bila awak langsung tak ambil kisah pasal ni.. 

Kadang-kadang saya tertanya-tanya siapa saya dalam hidup saya... Dan, semalam sudah cukup untuk memberi saya jawapan di atas pertanyaan tu.. Saya hanyalah sandaran bagi awak selepas keluarga dan kerja awak.. Sya tak kisah kalau awak lebih mementingkan keluarga awak sebab itu adalah tanggungjawab awak sebagai seorang anak.. Saya jugak tak kisah bila awak pentingkan kerja awak sebab itu adalah mata pencarian dan punca rezeki dalam hidup awak.. Cuma satu yang saya minta.. Tolong fikir tentang perasaan saya bila saya diletakkan di tempat yang terakhir dalam hidup awak...

Saya terfikir untuk tamatkan hubungan kita tapi saya tak sanggup untuk terluka.. Disebabkan rasa sayang saya pada awak yang terlalu kuat, saya tak sanggup untuk lepaskan awak dari hidup saya.. Tapi, saya jugak tak sanggup untuk menghadapi keperitan ni sendirian.. 

Kalau awak betul-betul sayangkan saya, awak tentu tak akan buat macam ni.. Awak selalu cakap yang awak akan sedih kalau saya sedih.. Tapi, hakikat yang sebenarnya awak yang selalu buat saya rasa sedih sama ada secara sedar atau tak dan yang paling memeritkan, awak gembira dengan keadaan tu.. 

Awak !!! Untuk pertama kalinya dalam hidup saya, saya rasa saya telah diperbodohkan oleh seorang insan yang bernama lelaki dan insan tu ialah AWAK.. Sampai hati awak, kan??? Terima kasih atas kesakitan yang awak berikan tu.. Satu yang saya harap, tolong jangan sakitkan saya lagi.. Saya dah tak sanggup untuk berhadapan dengan kesakitan yang awak dan keluarga awak berikan pada saya.. Saya dah tak sanggup untuk terus hidup dalam bayangan kata-kata awak yang sentiasa menginginkan saya bahagia sedangkan semua tu dusta semata-mata.. Saya dah tak sanggup untuk hidup dalam kepura-puraan keluarga awak.. Saya dah pasrah dan redha dengan hubungan kita ni sebab saya tahu antara kita takkan pernah dapat melangkah ke arah yang lebih jauh...

Seandainya perpisahan itu adalah jalan yang terbaik untuk kita, saya terima.. Walaupun sakit, saya akan cuba ikhlas untuk menerima kesakitan tu... Tapi, saya nak awak tahu yang awak adalah lelaki pertama dan terakhir yang ada dalam hati saya sehingga akhirnya hati ini dimiliki oleh insan lain yang bergelar suami yang sah kepada saya.. 



Thanks sudi baca entry saya... Suka??? Like je.. Hehehe

Cinta !



C.I.N.T.A... Apa itu cinta yang sebenarnya??? Ramai yang berpendapat bahawa cinta itu menyesakkan hidup seseorang namun tak kurang juga pendapat yang mengatakan cinta itu kebahagiaan.. Yang mana satu adalah betul tentang cinta??? 

Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Ada pepatah yang mengatakan bahawa "Cinta itu adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri menjadi mawar, mengubah cuka menjadi anggur, mengubah sedih menjadi riang, mengubah amarah menjadi ramah, mengubah musibah menjadi muhibah, itulah cinta..."

Namun begitu, cinta sering saja disalahgunakan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Terkadang manusia sering melakukan sesuatu yang dimurkai Allah dengan alasan cinta yang akhirnya memusnahkan diri sendiri.. Kemudian, perasaan cinta yang dikurniakan oleh Allah itu dipersalahkan. Betapa bodohnya manusia itu apabila beraninya menyalahkan kurniaan Allah di atas kesilapan diri sendiri. 

Jadi, sebagai seorang manusia yang diciptakan oleh Allah yang sebaik-baik kejadian, kita haruslah menjaga perasaan cinta itu dengan sebaiknya kerana sekiranya perasaan itu dijaga, insyaAllah kebahagiaan itu milik kita.. 


Cinta itu seputih salji... :)





Thanks sudi baca entry saya... Suka??? Like je.. Hehehe

Friday 3 August 2012

Tak Sangka...



Hai, kawan-kawan... Hari ni kan aku ingat nak cerita sesuatu tentang tajuk entry aku.. Nak dengar tak??? Ish.. Mana boleh dengar.. Boleh baca je.. Lupa pulak.. Hehe.. Ok, la.. Straight to the point je... Actually, aku ni lepasan SPM dan sekarang ni aku melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 kat SIC ( Sultan Ismail College )... Chop ! Aku sambung tingkatan 6 bukan sebab tak dapat masuk universiti tau.. Tapi, aku sambung tingkatan 6 sebab peluang aku untuk berjaya lebih luas melalui tingkatan 6.. ( Usaha jangan lupa !  :D ).. 

Nak dijadikan cerita, sejak masuk bulan Ramadhan ni, aku selalu je absent.. Tiap-tiap minggu mesti ada je hari yang aku absent.. Bukan malas, tapi aku selalu sakit.. Lepas demam, sakit tekak.. Lepas tu, sakit kaki pulak.. Bengkak sampai tak boleh nak jalan.. Yang paling ketara, sakit kaki la.. Aku pun tak tahu macam mana boleh jadi bengkak macam tu.. Siap bernanah lagi tau.. Masa tu, hanya Allah je yang tahu apa yang aku rasa.. 

Al-kisahnya, kaki aku kena gigit nyamuk.. Bila dah kena gigit, korang tau-tau la sendiri akibatnya.. Gatal.. Bila dah gatal, confirm korang garu, kan??? Ha ! Aku pun macam tu la jugak.. Bila dah nampak teruk, aku buat tak kisah je.. Sebab aku dah biasa dengan keadaan macam ni.. Tapi, tak sangka pulak yang kesan garu tu akan melarat dan jadi lebih teruk.. 

Aku bagitau parents aku.. Lepas tu, parents aku pun bawa aku pergi klinik.. Masa kat klinik, doktor check tekanan darah.. Lepas tu, doktor suruh aku check kencing manis.. Aku punya lah terkejut sebab aku kan muda lagi.. Takkan la dah ada penyakit kencing manis tu kan??? Takut sangat kalau-kalau aku kena penyakit tu.. Tapi, Alhamdulillah... Nasib baik tak ada... Doktor cakap ok je.. Walaupun doktor cakap ok, mama aku suruh aku jaga-jaga sebab sekarang ni kan bulan puasa.. So, susah sikit nak detect kencing manis sebab aku puasa.. Disebabkan tu, aku mula la jadi Faten yang jaga bab-bab makan dan minum.. Biasanya susah nak jaga.. Semua aku hantam je.. Yang penting, kenyang.. Hahaha !!! 

Ok, la.. Tu je kisah aku yang tak disangka.. Hehe..Bubye, guysss !!!

Cik Faten nak menyibuk kat bawah ni.. Dengan mummy kesayangan... :)


Thanks sudi baca entry saya... Suka??? Like je.. Hehehe