Thursday, 18 October 2012

Monday, 8 October 2012

I Love MUET !!!



Hai, kawan-kawan ... Korang tahu tak aku happy sangat-sangat hari ni... Nak tahu kenapa??? Sebab aku dapat band 4 untuk exam MUET... Even trial je, tapi aku dah excited sangat-sangat sebab aku dapat achieve target aku.. Sebelum start exam pun aku dah target band 4 dah untuk exam MUET ni.. Tak sangka pulak memang dapat.. Hehe.. Dan, InsyaAllah, aku nak target lebih lagi untuk exam yang sebenar.. Band 5...  Nak target band 6 rasa macam mustahil je sebab teacher aku sendiri cakap yang susah untuk dapat band 6 ni.. Even cikgu bahasa Inggeris pun susah nak dapat band 6... So, aku tak berani sangat la nak cabar diri aku untuk tu.. Aku rasa band 5 ni dah mencabar sangat dah pun... So, band 5 je dah cukup.. Kalau dapat lebih, alhamdulillah.. So, for the conclusion, I love English sooooo much... So do MUET as MUET is also part of english..( rasa macam tunggang-langgang je ayat aku ni.. Hehe..


I LOVE MUET


Thanks sudi baca entry saya... Suka??? Like je.. Hehehe

Wednesday, 3 October 2012

Terima Kasih, Awak !!!



Saya sayang sangat kat awak.. Bagi saya awak adalah pelengkap hidup saya kerana awak adalah cinta pertama saya... Setiap hari, hati saya merindukan awak.. Setiap hari, hati saya merintih kerana awak.. " Bila awak akan datang jumpa saya??? Bila awak akan datang jumpa saya??? Bila awak akan datang jumpa saya??? " Soalan yang sama selalu bermain dalam kotak fikiran saya.. Soalan tu ialah janji awak pada saya.. Bila saya tanya awak macam tu, awak selalu cakap awak nak datang jumpa saya.. Tapi, waktu menjadi penghalang... 

Tipu !!! Semua tu tipu je.. Kalau betul awak nak jumpa saya, takkan ada walau satu pun alasan yang keluar dari bibir awak tu.. Janji awak tu dah melukakan hati saya... Sebelum ni, hati saya dah cukup terluka bila awak cakap kerja dan keluarga awak lebih penting daripada saya.. Mulanya saya buat keputusan untuk berhenti memahami situasi awak.. Tapi, saya buang jauh-jauh kata-kata awak tu.. Saya fikir mungkin ada sebab kenapa awak cakap macam tu... Tapi, semakin lama, awak dah tak mesej saya dah... Kenapa??? Bila saya tanya, awak cakap sebab saya tak mesej awak dulu.. Saya tahu.. Memang saya tak mesej awak.. Tapi, kenapa awak tak faham sebab saya buat macam tu??? Kenapa, awak??? Saya buat macam tu sebab saya nak tahu adakah saya ni penting lagi bagi awak atau tak.. Ternyata, awak memang mampu hidup tanpa saya.. Awak dah berjaya buktikan pada saya yang awak memang mampu hidup tanpa saya...

Bila saya mengamuk, awak mula mesej saya dengan ayat jiwang awak tu.. Awak fikir mungkin saya akan cair, kan??? Tak.. Tak mungkin... Saya kenal awak... Hubungan kita dah lama... Saya kenal awak seratus peratus malah mungkin saya mengenali awak lebih daripada ibu bapa awak mengenali awak.. Saya dah tak mungkin cair lagi dengan awak setelah apa yang awak buat... Awak cakap awak rasa tersisih.. Habis tu, saya macam mana??? Awak tak sedar yang saya lebih berhak untuk rasa macam tu.. Saya lebih berhak berbanding awak.. Saya rasa awak sendiri tahu kenapa.. 

Dah tiga minggu selepas hari tu... Dan awak dah tak pernah mesej saya lagi... Saya tunggu mesej awak.. Tiap kali phone saya berbunyi, saya happy sangat-sangat sebab saya ingatkan itu awak.. Tapi, saya salah... Tak ada walau satu pun mesej atau call daripada awak... Kenapa awak buat saya macam ni??? Awak dah tak sayang saya ke??? Walaupun saya cakap saya dah takkan pernah cair dengan ayat awak tu, tapi hati saya benar-benar merintih menginginkan awak... Namun, tak semua perkara akan berlaku mengikut kehendak kita.. Saya redha awak.. Saya redha bila awak dah tak contact saya.. Dan, saya juga harap awak akan redha dengan keputusan saya.. Saya harap awak takkan salahkan saya bila saya memilih untuk lepaskan awak.. Semua tu kehendak awak.. Saya cuma melakukan sesuatu mengikut kehendak awak.. Walaupun awak tak cakap, tapi saya tetap rasa itu adalah kehendak awak.. Kalau awak betul-betul tak nak hancurkan hubungan yang dah bertahun-tahun kita bina, mesti awak takkan buat macam ni, kan???

Awak !!! Terima kasih banyak-banyak sebab awak dah selalu lukakan hati saya... Saya minta maaf sebab saya tak mampu jadi insan yang sempurna untuk awak... Awak mungkin adalah pelengkap hidup saya tapi tak semestinya saya adalah pelengkap hidup awak, kan??? Saya redha dengan hubungan kita sekarang ni... Apa yang saya harap ialah awak akan bahagia walau siapa pun pasangan awak nanti.. Cuma satu pesan saya untuk awak, saya harap awak akan pilih wanita yang benar-benar mampu untuk melengkapi hidup awak kerana saya tak mampu.. Saya dah cukup bersabar untuk hubungan kita.. Terima kasih sebab dalam sekelip mata awak dah berjaya hancurkan hubungan ni.. Terima kasih banyak-banyak, awak.. TERIMA KASIH.. :'(



Thanks sudi baca entry saya... Suka??? Like je.. Hehehe