Tuesday, 13 November 2012

Berhenti Sakitkan Hati Saya !



Awak.. Sampai hati awak buat saya macam ni.. Sejak dulu sampai sekarang awak selalu sakitkan hati saya. Apa salah saya pada awak? Kenapa awak buat saya macam ni? Sekarang, walaupun kita dah tak ada apa-apa hubungan, kenapa hati saya masih lagi terluka sebab awak? Lepas awak, keluarga awak pulak yang sakitkan hati saya. Saya ingat, bila kita dah putus, korang dah tak akan sakitkan hati saya lagi. Tapi, semua tu salah. Sampai sekarang, korang masih lagi sakitkan hati saya.

Kenapa awak dan keluarga awak tak pernah biarkan saya bahagia? Adakah sebab saya sayangkan awak? Awak, salah ke saya sayangkan awak? Salah ke? Kalau perasaan sayang saya pada awak tu salah, saya minta maaf. Sya merayu pada awak semua.. Berhenti sakitkan hati saya. Kalau awak nak saya buang perasaan sayang saya pada awak, saya sanggup. Yang penting, awak semua dah tak sakitkan hati saya lagi. 

Bukannya saya tak nak buang perasaan tu, tapi saya tak mampu. Semakin saya cuba, semakin kuat rasa tu. Saya harap awak dan keluarga awak boleh beri saya masa untuk hadapi semua ni. Pleaseee ! Saya merayu sangat-sangat kat korang semua. Semua berat sangat bagi saya. Saya harap awak semua boleh faham terutama AWAK. Awak insan yang istimewa dalam hidup saya. Kenapa awak tak boleh faham saya.? Hati saya sakit sangat..

Tolonglah. Berhenti sakitkan hati saya. Saya merayu dengan awak.. 

TOLONG BERHENTI SAKITKAN HATI SAYA.. !!!




Thanks sudi baca entry saya... Suka??? Like je.. Hehehe

No comments:

Post a Comment