Thursday 12 July 2012

Pengorbanan Seorang Ayah !

Assalamualaikum.. Hari ni aku nak kongsi satu cerita tentang pengorbanan seorang ayah.. 

Tapi, sebelum tu, dalam hidup ni, kita selalu je dgr tntg pengorbanan seorang ibu t'hadap anak-anak... Betul x???Ye, memang ibu banyak b'korban untuk anak-anak.. B'mula sejak anaknya berada di dalam rahim.. Seorang ibu sanggup kandungkan anaknya selama 9 bulan 10 hari.. Begitu juga sewaktu melahirkan anak.. Seorang ibu sanggup bertarung nyawa bagi memastikan satu lagi nyawa yang berada di dalam rahimnya berpeluang untuk mengenali dunia ciptaan Allah S.W.T.. Apabila memikirkan saat-saat itu, semuanya sudah cukup untuk seorang anak sedar akan pengorbanan seorang ibu.. 

Namun, seorang anak tidak sepatutnya lupa akan pengorbanan seorang ayah.. Memang ayah tidak pernah mengandungkan atau melahirkannya, namun ayah juga turut melakukan pelbagai jenis pengorbanan untuk memastikan anaknya sentiasa berada dalam keadaan yang baik sama ada dari segi kesihatan, keperluan hidup dan macam-macam lagi.. 

Apa yang jelas, aku rase terharu sangat bila aku dengar cerita tentang pengorbanan bapa saudara aku terhadap anak dia. Demi memastikan keselamatan anaknya, dia sanggup membiarkan dirinya yang tercedera daripada melihat anaknya kesakitan sehingga menyebabkan dia terlantar di hospital.. Akibat kecuaian seorang anak, ibu jari kaki kirinya terpaksa dipotong.. Mama aku tanya masa kejadian tu, kenapa dia tak lari??? Jawapan dia membuatkan aku hampir menitiskan air mata.. 

" Kalau aku lari, anak aku yang akan tercedera dan kecederaan yang mungkin dialaminya itu mungkin lebih teruk daripada apa yang aku alami sekarang ni.. Aku hanya akan kehilangan ibu jari kaki kiri je, tapi kalau anak aku yang cedera, dia mungkin akan kehilangan sebelah kakinya.. Jadi, aku rasa tak salah seandainya aku yang terlantar di hospital ni.. Itu lebih baik daripada aku harus melihat anak aku kesakitan dan menderita.."

Saat aku teringat akan jawapan yang keluar daripada mulutnya, hati aku merintih.. Begitu besarnya pengorbanan seorang ayah yang sanggup terluka demi anaknya. Saat itu juga aku teringat akan baba aku.. Dia juga banyak berkorban untuk aku.. 

Ya Allah, begitu mulianya hati seorang ibu dan ayah yang begitu menyayangi anak-anaknya.. Maafkanlah aku atas kekhilafan yang pernah aku lakukan terhadap kedua orang tuaku.. Engkau lindungilah semua insan yang bergelar ibu dan ayah daripada azab-Mu... Amin..




Thanks sudi baca entry saya... Suka??? Like je.. Hehehe

No comments:

Post a Comment