Wednesday 18 July 2012

Rasa Marah ???



Korang semua pernah tak rasa sakit hati atau marah kat sape-sape sepanjang hidup korang kat atas dunia ni??? Tipu la kan kalau korang cakap tak pernah sebab perasaan marah atau sakit hati tu adalah lumrah dalam kehidupan manusia.. Sama seperti rasa cinta, sayang, kasih, rindu dan sebagainya... Sebagaimana yang kita tahu, setiap rasa yang dialami ada pelbagai cara untuk dihadapi... 

Contohnya, rasa cinta akan seseorang.. Bila kita mula jatuh cinta pada seseorang, secara automatiknya kita akan berasa ingin dekat dengan orang tu dan seterusnya kita akan mula meluahkan perasaan cinta kita pada dia... Betul tak??? ( Memang pun... :)

Sama la jugak dengan rasa marah... Bila kita marah kat seseorang., kita akan sentiasa bertindak melulu tanpa memikirkan akibat perbuatan kita tu... Dan, siapa tahu kita mungkin akan melukakan hati orang yang kita marah tu... Tapi, tak salahkan kalau orang tu terluka sebab dia pun dah buat kita terluka??? ( Geleng kepala jap.. hehe

Bila difikirkan balik, memang semua orang akan cakap macam tu.. Aku pun rasa macam tu jugak bila ada orang buat aku rasa marah... Kadang-kadang tu, aku rasa macam nak bunuh je orang tu.. Tapi, Allah kan ada... Serahkan semua pada Allah... Kalau kita balas balik, semua benda yang berlaku takkan pernah ada kesudahan... Ianya akan berlarutan tanpa ada penghujung... Dan, tanpa kita sedar, kita telah melukai hati kita sendiri... Nak tahu kenapa??? ( Tarik nafas jap... :) )

Sebab kita melakukan semua tu di bawah tahap kesedaran kita... Semua orang mesti tahu, kan??? Bila kita marah, kita akan menjadi sukar untuk mengawal diri kita sendiri... Kita takkan sedar apa yang kita ucap dan apa yang kita buat sebab kita berada di bawah pengaruh nafsu amarah kita... Dan, bila kita mula tenang, kita akan teringat balik tentang perbuatan kita waktu marah tu... Kita sendiri akan tergamam bila memikirkan keadaan tu... Akhirnya, hati kita terluka... Then, kita salahkan orang lain sedangkan kelukaan tu kita sendiri yang cipta... ( Mengeluh...

Ya, Allah... Sungguh besar kekuasaan-Mu terhadap segala apa yang diciptakan oleh-Mu... Oleh itu, Engkau jagalah, Engkau peluklah, Engkau lindungilah hati hamba-Mu ini daripada segala rasa yang boleh memusnahkan diri... Engkau penuhilah hati hamba-Mu dengan segala rasa yang suci dan segala nur yang ada... Janganlah Engkau membiarkan hamba-Mu lalai akibat mengikut perasaan yang wujud di dalam hati kerana sesungguhnya setiap rasa yang Engkau kurniakan kepada hamba-Mu itu adalah rasa yang baik melainkan ia disalahertikan oleh hamba-Mu sendiri.... Aminnn... 







Thanks sudi baca entry saya... Suka??? Like je.. Hehehe

No comments:

Post a Comment